KEPENTINGAN NIAT DAN DAKWAH

Unknown | May 21, 2018 | 0Komen |

NIAT DAN KEPENTINGAN DAKWAH
“Bulan ini kita buat kuliah dekat sini, bulan depan kita buat program dekat masjid sana, Khamis ini kita buat iftar lah,”
“Kau nak buat apa buat program banyak-banyak? Tiada orang pandang kita pun. Tengok anugerah pun tidak dapat,” dia pandang sahabat yang orang lain sambal tersenyum.
“Kau buat kerja dakwah ini, nak dapat sanjungan manusia atau nak dapat redha Allah? Kau buat sebab senior kita yang suruh atau sebab memang kita ada tanggungjawab sebagai seorang Daie?
Niat ini seperti surat. Salah tulis alamat akan sampai ke salah tempat.
Perlu cari sebab yang betul-betul kukuh, kenapa aku belajar? Kenapa aku perlu jadi seorang Muslim yang baik? Kenapa aku perlu berdakwah?
Jika kita ambil sebab-sebab yang sementara, ia akan lenyap bersama lenyapnya sebab. Tapi jika kita ambil sebab mengharapkan redha Allah, In shaa Allah, Allah akan bantu kita untuk menyelesaikan urusan harian kita, urusan pelajaran, urusan dakwah. Buat dahulu baru tahu.

Apa erti Niat?
Rukun solat yang pertama sekali ialah niat. Sebelum puasa pun perlu niat. Apa-apa ibadah perlu diniatkan kerana Allah. Niat itu apa sebenarnya?
Dalam bahasa Arab, niat adalah keinginan dalam hati untuk melakukan sesuatu tindakan. Imam Nawawi mengatakan niat adalah bermaksud untuk melakukan sesuatu dan bertekad bulat untuk mengerjakannya. Niat adalah satu motivasi, maksud atau tujuan di balik sebuah perbuatan
Rasulullah SAW menyatakan, niat menjadi penentu pahala sesebuah perbuatan. Jika niatnya kerana Allah, maka pahalanya dari Allah. Jika niatnya bukan kerana Allah atau disertai motif lain, maka Allah tidak akan mnerima amalan itu sebagai ibadah.

KEPENTINGAN DAKWAH
Apabila disebut tentang dakwah mesti semua akan beranggapan “Ini tugas-tugas imam-imam dan ustaz-ustaz yang baru balik dari timur tengah sahaja. Kita ini boleh duduk bersenang-lenang”
Allah SWT telah menjadikan manusia di muka bumi ini dengan meletakkan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh mereka seperti berdakwah.
 Firman Allah SWT dalam Surah Al-Dzariyyat: 6 yang bermaksud “ Tidak Aku jadikan jin dan manusia ini melainkan untuk beribadat kepada-Ku”.
 Tugas menyampaikan dakwah merupakan salah satu ibadah yang dituntut oleh agama Islam. Allah SWT telah berfirman dalam

Surah Ali Imran: 104 yang bermaksud “ Dan hendaklah ada di antara kamu satu pihak yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah, dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya”.
Ini menunjukkan bahawa tanggungjawab menyampaikan wahyu merupakan salah satu ibadah yang di pandang tinggi dalam agama Islam. Ini kerana kepentingan yang dibawa oleh gerakan dakwah ini memainkan peranan yang besar dalam kehidupan manusia. Kepentingan dakwah ini meliputi aspek individu, masyarakat dan seterusnya negara. Kunci utama untuk membentuk satu negara yang betul-betul mengamalkan ajaran Islam ialah mendidik seorang individu Muslim agar menjadi Muslim yang sebenar. Dakwah sangat penting untuk membebaskan diri manusia daripada penyembahan selain Allah. Hanya Allah sebaik-baik sembahan. Masyarakat tidak akan lahir jika tiada individu. Individu yang baik akan melahirkan masyarakat yang baik. Premise yang sangat mudah untuk difahami.
Jika kita lihat kepincangan dalam sesebuah masyarakat, lihat kepada individunya.

Paling penting ialah dakwah ini perlu dilakukan dengan pengorbanan dan mujahadah. Niat perlu diluruskan kepada Allah semata-mata. Jika kita ambil sebab kerana untuk mendapat sanjungan manusia, kita akan rasa penat. Jika kita mengharapkan popular, lama-lama kita rasa nak putus asa bila hasrat kita tidak tercapai. Jalan dakwah tidak dibentang dengan karpet merah tetapi penuh dengan ranjau dan onak duri. Maka sentiasa tajdid niat supaya jalan dakwah kita akan dipermudahkan.





10 MUWASAFAT TARBIYAH

Unknown | March 15, 2018 | 0Komen |

Apakah itu Muwasafat Tarbiyah?

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang daie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.Muwasafat Tarbiyah adalah kriteria yang perlu ditanamkan dalam diri untuk membentuk keperibadian Muslim yang unggul. Insyaallah.

1) Aqidah Sejahtera (Salim-ul Aqidah)
Aqidah yang bersih merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah Swt dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan- ketentuan-Nya. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana 
firman-Nya yang Ertinya: ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam’ (QS 6:162). 

Kerana memiliki aqidah yang salim merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam dakwahnya kepada para sahabat di Makkah, Rasulullah Saw mengutamakan pembinaan aqidah, iman atau tauhid.

Tidak menjampi kecuali dengan al-Quran yang ma’thur
Tidak berhubung dengan Jin
Tidak meminta bantuan dari orang yang meminta bantuan jin
Tidak menenung nasib
Tidak mendekati tukang tilik
Tidak mengusap kubur
Tidak meminta bantuan dari simati
Tidak bersumpah dengan selain Allah
Tidak mempercayai adanya sial
Mengikhlaskan amal kerana Allah
Mengimani rukun-rukun Iman
Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yang diturunkan selain Allah swt

2)   Ibadah Yang Sahih (Shahih-ul 'Ibadah)
Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul Saw yang penting, dalam satu haditsnya; beliau menyatakan:
 ‘solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.’ 
Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahwa dalam melaksanakan setiap peribadatan haruslah merujuk kepada sunnah Rasul Saw yang bererti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan.

Tidak menolak untuk melaungkan azan
Bersuci dengan sempurna
Sangat menghargai solat berjemaah
Sangat suka berjemaah di masjid
Memperbaiki mutu solat
Qiamullail seminggu sekali
Menunaikan zakat
Berpuasa wajib
Berpuasa sunat sehari setiap bulan
Ada niat untuk menunaikan haji
Beriltizam dengan adab-adab tilawah
Khusyuk ketka membaca al-Quran
Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
Berdoa pada waktu-waktu yang diutamakan
Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
Menjauhi dosa-dosa besar
Sentiasa membaca zikir pagi
Sentiasa membaca zikir petang
Mengingati Allah swt pada setiap situasi
Menunaikan Nazar
Menyebarkan Salam
Menahan anggota dari perkara haram
Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
Menggunakan sugi/siwak
Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

3)   Akhlak Yang Mantap (Matin-ul Khuluq)
Akhlak yang kukuh (matinul khuluq) atau akhlak yang mulia merupakan sikap dan perilaku yang harus dimiliki oleh seorang muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah mahupun dengan makhluk-makhluk-Nya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia apalagi di akhirat. Kerana begitu penting memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia, maka Rasulullah Saw diutus untuk memperbaiki akhlak dan beliau sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaknya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah di dalam Al- Qur’an, 
Allah berfirman yang ertinya: ‘Dan sesungguhnya kamu benar- benar memiliki akhlak yang agung’ (QS 68:4).

Tidak takabbur
Mempunyai pendirian
Tidak menipu
Tidak mencaci
Tidak mengadu domba
Tidak mengumpat
Tidak berdusta
Tidak mengejek
Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
Tidak berkawan dengan orang yang berkelakuan buruk
Mengasihi orang yang lebih muda
Menghormati orang yang lebih tua
Menunaikan janji
Menundukkan pandangan
Menjaga rahsia
Menutup dosa orang lain
Cemburu terhadap isteri
Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya

4)   Mampu Berdikari (Qadirun 'Ala-l Kasbi)
Memiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut dengan berdikari (qodirun alal kasbi) merupakan ciri lain yang harus ada pada seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. 

Menjauhi pekerjaaan yang haram
Menjauhi riba
Menjauhi judi
Menjauhi penipuan
Menunaikan zakat
Membuat simpanan walaupun sedikit
Tidak menangguh-nangguhkan tugasan yang diamanahkan
Memelihara harta awam
Memelihara harta peribadi

5)   Berpengetahuan luas (Mutsaqqaf-ul Fikri)
Intelek dalam berfikir (mutsaqqoful fikri) merupakan salah satu sisi pribadi muslim yang penting. Kerana itu salah satu sifat Rasul adalah fatonah (cerdas) dan Al-Qur’an banyak mengungkap ayat-ayat yang merangsang manusia untuk berfikir, misalnya firman Allah yang ertinya: Mereka bertanya kepadamu tentang, khamar dan judi. Katakanlah: ‘pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.’ Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. 
Katakanlah: ‘Yang lebih dari keperluan.’ Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir (QS 2:219). 
Di dalam Islam, tidak ada satupun perbuatan yang harus kita lakukan, kecuali harus dimulai dengan aktiviti berfikir. Kerana seorang muslim harus memiliki wawasan keislaman dan keilmuan yang luas.

Mampu membaca dan menulis dengan baik
Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
Memelihara hukum-hukum tilawah
Menghafaz setengah dari hadith 40
Menghafaz 20 hadith dari Riyadhusshalihin
Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yang penting
Mengenali sepuluh orang yang dijanjikan Syurga
Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
Mengetahui hukum-hukum solat
Mengetahui hukum-hukum puasa
Membaca sesuatu di luar bidangnya. 4 jam seminggu
Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng
Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
Mendengar dengan baik
Mampu memberikan pandangan
Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
Tidak menerima syubahat yang dilemparkan keatas kita

6)   Tubuh Yang Cergas (Qawwiy-ul Jism)
Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) merupakan salah satu sisi pribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani berarti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara maksimum dengan fizikalnya yang kuat. Solat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fizikal yang sihat atau kuat, apalagi perang di jalan Allah dan bentuk- bentuk perjuangan lainnya. Oleh kerana itu, kesihatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada pengobatan. Meskipun demikian, sakit tetap kita anggap sebagai sesuatu yang wajar bila hal itu kadang-kadang terjadi. Kekuatan jasmani juga termasuk yang penting, maka
 Rasulullah Saw bersabda yang ertinya: ‘Mu’min yang kuat lebih aku cintai daripada mu’min yang lemah’ (HR. Muslim).

Bersih tubuh badan
Bersih pakaian
Tempat tinggal yang bersih
Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum
Tidak berjaga malam berlebihan
Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu
Bangun sebelum terbit fajar/subuh
Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
Meninggalkan tabiat merokok
Menjauhi tempat-tempat kotor
Menjauhi tempat-tempat berpenyakit

7)   Menguasai Diri (Mujahadat-ul Li Nafsi)
Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatun linafsihi) merupakan salah satu keperibadian yang harus ada pada diri seorang muslim, kerana setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk. Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk amat menuntut adanya kesungguhan dan kesungguhan itu akan ada manakala seseorang berjuang dalam melawan hawa nafsu. Oleh karena itu hawa nafsu yang ada pada  diri manusia harus ditundukan pada ajaran Islam, Rasulullah Saw bersabda yang ertinya:
 Tidak beragmana seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam) (HR. Hakim).

Menjauhi perkara-perkara haram
Menjauhi tempat-tempat lalai yang diharamkan
Meninggalkan tempat-tempat maksiat

8)Teratur urusannya (Munazhzhamun Fi Syu'unihi)
Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi) termasuk kepribadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al-Qur’an maupun sunnah. Oleh karena itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah maupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu urusan ditangani secara bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama dengan baik sehingga Allah menjadi cinta kepadanya. Dengan kata lain, suatu urusán dikerjakan secara profesional, sehingga apapun yang dikerjakannya, profesionalisme selalu mendapat perhatian darinya. Bersungguh-sungguh, bersemangat dan berkorban,

Penampilan yang elok
Tidak mempunyai hubungan dengan pihak yang menentang Islam

9)Sangat Menghargai Masa (Harishun 'Ala Waqtihi)
Pandai menjaga waktu (harishun ala waqtihi) merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini kerana waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah Swt banyak bersumpah di dalam Al-Qur’an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya. Allah Swt memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama setiap, Yakni 24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia yang rugi. Kerana itu tepat sebuah semboyan yang menyatakan:
‘Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan waktu.’ Waktu merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi. Oleh karena itu setiap muslim amat dituntut untuk mengatur waktunya dengan baik, sehingga waktu dapat berlalu dengan penggunaan yang efektif, tak ada yang sia-sia. Maka diantara yang disinggung oleh Nabi Saw adalah memanfaatkan momentum lima perkara sebelum datang lima perkara, yakni waktu hidup sebelum mati, sehat sebelum sakit, muda sebelum tua, senggang sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin.

Bangun awal
Menggunakan masa tertentu untuk belajar

10)Bermanfaat Kepada Orang Lain (Nafi'un Li Ghairihi)
Bermanfaat bagi orang lain (nafi’un lighoirihi) merupakan sebuah tuntutan kepada setiap muslim. Manfaat yang dimaksud tentu saja manfaat yang baik sehingga dimanapun dia berada, orang disekitarnya merasakan keberadaannya karena bermanfaat besar. Ini bererti setiap muslim itu harus selalu berfikir, mempersiapkan dirinya dan berupaya semaksima untuk boleh bermanfaat dalam hal-hal tertentu sehingga jangan sampai seorang muslim itu tidak boleh mengambil peranan yang baik dalam masyarakatnya. Dalam kaitan inilah, Rasulullah saw bersabda yang ertinya: sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain (HR. Qudhy dari Jabir). Demikian secara umum profil seorang muslim yang disebutkan dalam Al-Qur’an dan hadis, sesuatu yang perlu kita tanam pada diri kita masing-masing.

Menunaikan hak ibu bapa
Menyertai majlis-majlis kegembiraan
Membantu orang-orang yang memerlukan
Membimbing orang yang sesat
Berkahwin dengan pasangan yang sesuai



Sahabat Yadim UMS © . Designed by MaisarahSidi.com