KEM REMAJA ISLAM DI SMK DATUK PETER MORJOUNTIN

Unknown | September 30, 2018 | 0Komen |

[Kem Remaja Islam]
Anjuran YADIM Sabah dengan Kerjasama Sahabat YADIM UMS di SMK Datuk Peter Monjuntin
.
.
.
Jutaan terima kasih kepada semua guru sekolah SMK Datuk Peter Monjuntin yang terlibat dalam menjayakan kem ini
.
.
Terima kasih kepada fasilitator , sukarelawan, dan tidak dilupakan kepada semua Pegawai YADIM SABAH yang banyak membantu memahami pelajar-pelajar di sana. .
.
Allah bukan melihat pada hasil tetapi kepada usaha kita. 
Dan mungkin ada lagi sukarelawan yang mahu join sebegini?😁
Boleh roger2 khasnya pelajar UMS
.




WACANA ILMIAH

Unknown | September 30, 2018 | 0Komen |
Pada 17 mac 2018 yang lalu, Sahabat Yadim UMS telah melangsungkan program wacana ilmiah 2.0 yang bertajuk "ghazwatul fikr" Perang fikiran, Peranan kita? yang bertempat di dewan kuliah pusat ke-2.
Program ini dihadiri ahli panel imam Suhaidi Hj. Kuanting @Mohd Saad dan Ustaz Jimmis bin Jumaat. Majlis ini dimeriahkan dengan persembahan qasidah dari Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Karim Al-Mubarak.
Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang. In sha Allah









TRAINING OF FACILITATOR

Unknown | September 30, 2018 | 0Komen |
21 april 2018]
Sahabat Yadim UMS telah melaksanakan Program Training Of Facilitator yang bertemakan Kepimpinan Asas Kegemilangan.
Training ini telah dikendalikan oleh abang Fahmy Mahmur bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang di dewan kuliah pusat UMS.
Peserta-peserta yang terlibat merupakan ahli Sahabat Yadim UMS dan pelajar-pelajar UMS. Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang training tersebut bagi melatih peserta menjadi seorang fasilitator yang berjaya dan berkesan.







OUTREACH DI SMK USUKAN

Unknown | September 30, 2018 | 0Komen |
[22 APRIL 2018]
Sahabat Yadim UMS juga telah mengadakan program OUTREACH di SMK Usukan Kota Belud. "Bersama Mencapai Cita" merupakan tema yang kami gariskan sepanjang program ini dijalankan.
Sasaran peserta program ini ialah pelajar-pelajar tingkatan 6. Banyak aktiviti menarik yang kami jalankan dan galakan yang diberikan oleh pelajar-pelajar tersebut adalah sangat memuaskan.
Terima kasih kepada pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Usukan, Kota Belud kerana menerima kehadiran kami dari sahabat Yadim UMS










PENGAGIHAN BUBUR SAHABAT YADIM UMS

Unknown | September 30, 2018 | 0Komen |
[18 JUN 2018]
Alhamdulillah. Sahabat Yadim UMS berkesempatan mengagihkan Bubur SYUMS pada bulan ramadhan 1439 H yang lalu. Bubur SYUMS tersebut dimasak sendiri dengan kerjasama ahli Sahabat Yadim UMS










KUNJUNGAN MAHABBAH BERSAMA PENGARAH YADIM SABAH

Unknown | September 30, 2018 | 0Komen |
YADIM ZON SABAH DAN SAHABAT YADIM SABAH UMPAMA AUR DAN TEBING DEMI MEMBENTUK GENERASI MUDA BERILMU
SABAH : Menyedari erti kasih sayang dengan perlunya menyantuni yang muda dan menghormati yang tua. YADIM Zon Sabah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Sahabat YADIM Bersama YADIM Zon Sabah di TH Hotel Kota Kinabalu, Sabah pada pagi ini.
Ini adalah satu inisiatif tautan ukhwah yang menarik antara kedua-dua pihak.
Tuan Haji Samin Ongki Pengarah YADIM Zon Sabah berkata "Sahabat Yadim adalah produk YADIM dan sokongan perlu diberikan untuk kecemerlangan mereka".
Seramai 16 orang Sahabat Yadim diketuai oleh Saudara Mohd. Yusri Abd. Karim, Pengerusi Sahabat YADIM UMS bertaaruf dengan Pengarah Zon Sabah.
Turut hadir ialah Ustazah Fatin Adilah Hj Mohd Saufee, Pegawai Daie YADIM Daerah Penampang yang dimandatkan untuk menyelaras Sahabat YADIM di Sabah.
Perjumpaan ini bertujuan untuk berkenalan dengan Ahli Jawatankuasa Sahabat YADIM di Umiverisiti Malaysia Sabah (UMS) yang baru.
Seterusnya membincangkan program dan aktiviti yang boleh dilaksanakan secara bersama.
Tahniah YADIM Zon Sabah kerana sentiasa komited menjalankan perluasan dakwah tanpa henti dengan semua pihak.









SEUTUH KASIH SAHABAT YADIM UMS

Unknown | September 30, 2018 | 0Komen |
[30 SEPTEMBER 2018]
Alhamdulillah. Pada hari ini, Sahabat Yadim UMS telah mengajurkan program Seutuh Kasih yang berlangsung di Masjid UMS. Program ini berlangsung dari jam 8 pagi sehinggalah jam 12 tengahari.
Banyak aktiviti menarik yang telah kami lakukan sepanjang program ini dijalankan. Peserta yang terlibat merupakan mahasiswa-mahasiswa UMS sendiri.
Tujuan Program ini adalah untu mengeratkan lagi hubungan antara para mahasiswa universiti dan  untuk memperkenalkan Sahabat YADIM UMS
Terima kasih kepada pegarah program dan ahli jawatankuasa yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan masa untuk kelancaran program ini. Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan. Semoga program ini dapat menyalurkan impak positif kepada semua mahasiswa yang terlibat.

Barisan AJK yang terlibat

Peserta yang terlibat








SIRI RAMADHAN: MEMPERKUKUH KEPERIBADIAN MENGHADAPI PENGEMBALIAN

Unknown | May 21, 2018 | 0Komen |

SIRI RAMADHAN: MEMPERKUKUH KEPERIBADIAN MENGHADAPI PENGEMBALIAN

Alhamdulillah kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh dengan barakah, bulan rahmat iaitu bulan Ramadhan. Kenapa bulan Ramadhan dipanggil ‘syahru Mubarak’?

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut ‘permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya dijauhkan daripada api neraka’

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikat semua syaitan.

PENGEMBALIAN
Pengembalian yang ingin dibincang di sini bukanlah kembali ke rahmatullah atau dalam erti kata lain meninggal dunia. Kembali di sini bermaksud kita kembali kepada fitrah yang asal.

Sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Ini adalah satu peluang yang sangat penting untuk kita ambil. Syaitan semua dah kena ikat. Hanya yang tinggal diri kita. Mari kita pulang semula kepada fitrah kita yang telah digariskan dalam Al-Quran.

Di dalam Al-Qur’an, kata fitrah disebut sebanyak 20 kali yang tersebar dalam 18 surah, iaitu: al-Baqarah 14, al-An’am 79, Hud 51, Yusuf 101, Ibrahim 10, al-Isra’ 51, Maryam 90, Taha 72, al-Anbiya’ 56, ar-Rum 30, Fatir 1, Yasin 22, az-Zumar 46, asy-Syura 5, az-Zukhruf 27, al-Mulk 3, al-Muzzammil 18 dan al-Infitar 1



Mafhumnya: (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Imam al-Qurtubi menjelaskan pendapat ulama tentang makna fitrah yang tercantum dalam surat ar-Rum 30. Makna fitrah dalam ayat tersebut bermakna agama Islam, awal kejadian manusia (al-ibtida’), dan naluri manusia (khilqah). Dengan demikian,
ayat tersebut bererti bahawa setiap manusia diciptakan mempunyai naluri/sifat pembawaan yang cenderung kepada Islam. Sejak asal kejadiannya, manusia membawa potensi beragama yang lurus dan difahami oleh para ulama sebagai agama tauhid. Dengan kata lain, potensi ma’rifatul iman (potensi untuk beriman) pada diri manusia bersama-sama dengan waktu penciptaannya. Potensi ini dapat dikembangkan manusia sendiri bimbingan rasul, yang akhirnya mengantarkannya beriman kepada Allah SWT.

Jadi, apabila tiba bulan Ramadhan ini, adalah masa sesuai untuk kembali kepada fitrah
Jika kita susah nak solat, kita bangun solat
Jika kita jarang mengaji, kita akan selalu mengaji
Jika kita selalu buat tidak baik kepada orang, kita berbuat baik.

Maka rakan-rakan sekeliling perlu sentiasa memberi sokongan kepada rakan-rakan yang ingin berbuat baik. Kerana fitrah manusia itu baik. Kembalilah kepada fitrah asal kita. Semoga Allah redha.

Sahabat Yadim UMS © . Designed by MaisarahSidi.com