SIRI
RAMADHAN: MEMPERKUKUH KEPERIBADIAN MENGHADAPI PENGEMBALIAN
Alhamdulillah
kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh dengan barakah, bulan rahmat
iaitu bulan Ramadhan. Kenapa bulan Ramadhan dipanggil ‘syahru Mubarak’?
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut ‘permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya dijauhkan daripada api neraka’
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikat semua syaitan.
PENGEMBALIAN
Pengembalian
yang ingin dibincang di sini bukanlah kembali ke rahmatullah atau dalam erti
kata lain meninggal dunia. Kembali di sini bermaksud kita kembali kepada fitrah
yang asal.
Sahabat
yang dirahmati Allah sekalian,
Ini
adalah satu peluang yang sangat penting untuk kita ambil. Syaitan semua dah
kena ikat. Hanya yang tinggal diri kita. Mari kita pulang semula kepada fitrah
kita yang telah digariskan dalam Al-Quran.
Di dalam Al-Qur’an, kata fitrah disebut sebanyak 20 kali yang tersebar dalam 18 surah, iaitu: al-Baqarah 14, al-An’am 79, Hud 51, Yusuf 101, Ibrahim 10, al-Isra’ 51, Maryam 90, Taha 72, al-Anbiya’ 56, ar-Rum 30, Fatir 1, Yasin 22, az-Zumar 46, asy-Syura 5, az-Zukhruf 27, al-Mulk 3, al-Muzzammil 18 dan al-Infitar 1
Mafhumnya: (Setelah
jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan
pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan;
(turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia
(dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut
ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus,
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Imam
al-Qurtubi menjelaskan pendapat ulama tentang makna fitrah yang tercantum dalam
surat ar-Rum 30. Makna fitrah dalam ayat tersebut bermakna agama Islam, awal
kejadian manusia (al-ibtida’), dan naluri manusia (khilqah). Dengan demikian,
ayat
tersebut bererti bahawa setiap manusia diciptakan mempunyai naluri/sifat
pembawaan yang cenderung kepada Islam. Sejak asal kejadiannya, manusia membawa
potensi beragama yang lurus dan difahami oleh para ulama sebagai agama tauhid.
Dengan kata lain, potensi ma’rifatul iman (potensi untuk beriman) pada diri
manusia bersama-sama dengan waktu penciptaannya. Potensi ini dapat dikembangkan
manusia sendiri bimbingan rasul, yang akhirnya mengantarkannya beriman kepada
Allah SWT.
Jadi,
apabila tiba bulan Ramadhan ini, adalah masa sesuai untuk kembali kepada fitrah
Jika
kita susah nak solat, kita bangun solat
Jika
kita jarang mengaji, kita akan selalu mengaji
Jika
kita selalu buat tidak baik kepada orang, kita berbuat baik.
Maka rakan-rakan sekeliling perlu sentiasa memberi sokongan kepada rakan-rakan yang ingin berbuat baik. Kerana fitrah manusia itu baik. Kembalilah kepada fitrah asal kita. Semoga Allah redha.
No comments:
Post a Comment