DILEMA NAK MASUK UNIVERSITI

Unknown | February 27, 2018 | 0Komen |

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Soalan paling popular bila nak masuk universiti ialah
“Nak masuk matrik atau Tingkatan 6?
“Asasi susah ke?”
“Kalau masuk universiti terus, betul ke boleh habis cepat?”
“Course apa yang patut aku mohon ni?”
Dan 1001 soalan lagi, kalau nak disenaraikan memang berkajang-kajang.

Baiklah disebabkan pelajar sekarang ini memang malas nak baca post panjang-panjang. Iya ka? Tepuk dada tanya diri. Ok kita lihat rajah di bawah. Admin dah buat secara ringkas khas bagi tatapan adik-adik yang ter’chenta’



Ok adik-adik, secara kasarnya untuk mendapat ijazah pertama adik-adik boleh ikut laluan tersebut. In shaa Allah selamat lah adik-adik pegang scroll Degree nanti. Kalau nak belajar sampai Diploma pun boleh. Tiada masalah.


Tengok waktu SPM kita ambil aliran apa. Nanti boleh tengok kursus apa yang layak untuk kamu ambil.



Ini kelebihan dan kekurangan matrik, asasi, Tingkatan 6 dan Diploma.
 Follow your heart to choose ok. Istikharah dan istisyarah lagi penting. 
Ini masa depan kamu tau. Jadi jangan ketepikan Allah untuk buat keputusan yang terbesar dalam hidup kamu.


Apa pun pilihan yang bakal kamu pilih, pastikan:1)  Pilihan itu buat kamu gembira 2) Pilihan yang kamu pilih itu akan membuka pilihan yang lain

Sebarang pertanyaan boleh drop di ruangan komen ya.



Perjumpaan dengan Sekretariat Sahabat YADIM UMS 2017/2018

Unknown | February 24, 2018 | 0Komen |
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Buat pertama kalinya Sahabat YADIM UMS mengambil sekretariat dari kalangan mahasiswa UMS sendiri. 
Alhamdulillah baru selesai melakukan sesi taaruf bersama keluarga baru Sahabat YADIM UMS. Welcome to the club! In shaa Allah dengan pengambilan sekretariat yang baru ini akan memberi sinar yang baru.

Teringat saya satu ayat Al-Quran ini
A013
13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Walaupun kita berasal daripada negeri yang berbeza-beza, suku yang berbeza-beza tapi kita dipertemukan dalam satu majlis yang penuh barakah agar kita saling kenal-mengenali Antara satu sama lain. Ada yang dari semenanjung, Sabah, Sarawak, tak kisah kita dari ceruk benua mana sekalipun, kita keturunan apa sekalipun yang membezakan kita hanya Takwa.

Perbezaan itu bukannya membuatkan kita bertambah jauh tapi melengkapi. 
 Kita sebagai manusia ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Maka tugas kita adalah membantu melengkapkan apa yang kurang.
Abu Musa melaporkan,”Rasulullah menerangkan, seseorang yang beriman dengan orang beriman yang lain bagaikan sebuah bangunan. Masing-masing menguatkan Antara satu sama lain” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

In shaa Allah ada banyak program dan aktiviti kita buat bersama untuk memecahkan ais-ais yang tertanam di jiwa masing-masing. Lapangkan dada dan bersedia untuk menerima ilmu yang baru. Ada pelajar UMS yang mahu join ahli Sahabat YADIM UMS?

Kalau berminat boleh isi borang. Kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda ke dalam keluarga besar kami. Semenanjung dengan Sarawak boleh join? Boleh selagi anda merupakan pelajar UMS


Mesti tak sabar nak tengok keluarga baru kami kan? Jangan zoom in jodoh pula ya. 

Hindarkan zina hati in shaa Allah anda mukmin sejati.


Sekretariat bersama MPU Sahabat YADIM UMS


Ini bukan gaya power rangers tau. Ini gaya "Soaring Upwards"


ROTAN MASIH RELEVAN?

Unknown | February 21, 2018 | 0Komen |
Isu merotan ini sudah menjadi isu yang sensitif dan selalu dibangkitkan. Satu ketika dahulu seorang ibu merotan anaknya di Switzerland semata-mata untuk menyuruh anaknya solat dipenjara pula oleh kerajaan Switzerland. 
Biasalah undang-undang manusia memang ada banyak kelemahan, undang-undang Allah yang sepatutnya menjadi tunjang kepada semua undang-undang. 
Jika kita lihat di sekolah-sekolah pun guru-guru menjadi serba salah untu merotan. Jika merotan, bersiap-sedialah ke mahkamah jika tidak merotan, pelajar akan naik lemak pula.

Teringat dahulu sewaktu kanak-kanak, ibu bapa kita sangatlah garang. Rata-rata pembaca entri  ini mesti pernah kena rotan kan? Rotan ini lah yang membentuk peribadi kita sampai sekarang. Betul tak? Namun begitu, merotan bukan satu tiket untuk melepaskan geram. Mari kita lihat dan telusuri merotan dalam konteks Islam.

Islam telah meletakkan had untuk merotan. Bukan sesuka hati boleh rotan.
Had merotan dalam Islam adalah seperti berikut:
1)  Tidak dibenarkan memukul lebih dari 10 kali kecuali pada masalah hadd. Kerana si anak belum mencapai usia baligh, maka kalau dia melakukan kemaksiatan hanya mendapat ‘ta’zir’.
Wallahu a’lam. Al-Qadhi Syuraih memandang bahawa anak maksimum hanya dipukul tiga kali dalam belajar membaca Al-Quran seperti Jibril AS mendakap Muhammad SAW tiga kali.
2) Umar bin Abdul Aziz Rahimahullah mengeluarkan peraturan yang disebarluaskan di seluruh pelusuk negeri, guru tidak boleh memukul lebih dari tiga kali kerana lebih dari tiga kali menakutkan budak kecil.
3) Adh-Dhahhak berkata, ‘kalau pengajar memukul anak lebih dari tiga kali, maka si anak berhak membalas
4)  Juga harus adil dalam melaksanakan hukuman pukul ini di antara semua anak. Al-Hasan berkata “Apabila si pengajar tidak berlaku adil pada anak-anak, maka dianggap sebagai satu kezaliman.
Dengan demikian menjadi jelas bahawa hukuman berbentuk pukulan bagi anak maksimum adalah tiga kali. Sementara balasan (qisas) adalah antara tiga sampai 10 kali dan di atas 10 kali adalah hadd. Kalau nak maklumat lebih lanjut boleh cari buku ‘Prophetic Parenting’

Cara merotan juga ada kaedahnya. Mari kita lihat cara merotan menurut Syeikh Al-Faqih Shamsuddin al-Anbani:
1)Memukul di tempat yang berbeza, bukannya pada satu tempat di badan manusia sahaja.
2) Memanjangkan tempoh rotan yang pertama dengan yang seterusnya
3)Tidak menagangkat tangan sehingga boleh kelihatan ketiaknya
4) Tempat yang dibenarkan dipukul ialah semua anggota badan kecuali kemaluan dan muka (tambahan Al-Ahnaf: seluruh kepala)

Agama Islam sudah cukup baik dan sempurna. Cuma manusia sahaja perlu mempelajari dan mendalami Islam agar agama Islam betul-betul menjadi cara hidup kita. Islam itu Addin. Addin itu ialah cara hidup. 

Kalau di usia sekarang tidak pandai agama, mari kita berjinak-jinak dengan ilmu agama. Kalau sudah pandai, mari kita telusuri dan ambil iktibar. Kerana kita adalah generasi pembela agama. 

Ayuh! Sederap langkah untuk Ummah

GERHANA MENURUT PANDANGAN ISLAM

Unknown | February 18, 2018 | 0Komen |
Tahun 2018 adalah tahun yang paling banyak menunjukkan fenomena astronomi. Sebelum ini kita menyaksikan gerhana bulan yang dikenali sebagai Super Moon di mana kita akan melihat bulan berwarna biru. Sempat lagi kami bergurau “Agak-agak ada tak smurf akan turun bila ada gerhana bulan ni?” Tapi itu hanya ada dalam dunia kartun sahaja. Pada 15 Februari yang lalu terjadinya gerhana matahari. Boleh rujuk gambar di bawah ini untuk pelbagai fenomena astronomi pada tahu ini





Kejadian gerhana ini menyimpan hikmah yang tersembunyi terhadap kehidupan manusia. Matahari dan bulan adalah makhluk ciptaan Allah. Dan sampai ke hari ini, kedua-duanya masih patuh beredar dalam orbitnya. Dalam Al-Quran ada lebih 10 ayat menerangkan tentang matahari dan bulan. Nak tahu? Baca sampai post yang terakhir.


Dan Ia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.

Hanya Allah Ta’ala sahaja yang boleh berkomunikasi dengan keduanya, gerhana adalah fenomena yang dialami oleh matahari dan bulan, sebagai tanda keduanya tetap tunduk dan sujud dengan apa yang Allah amanatkan. Dalam ayat di atas, Allah menunjukkan tanda sujudnya bumi, dengan adanya pergantian siang dan malam. Bumi hingga kini masih berputar dan tetap taat kepada Allah untuk bersujud.

Maka selaku manusia yang taat kepada Allah, ketika melihat makhluk lain bersujud kepadaNya, apakah kita akan menentang untuk tidak  bersujud ketika mendengar berita atau terjadinya gerhana? Tentu tidak, manusia yang taat akan ikut bersujud ketika dinampakkan tanda-tanda kekuasaan Allah atas ciptaanNya yang bersujud kepada Nya

Dalam surah dan ayat yang lain Allah berfirman:


Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah.
(Fussilat 41:37)

Betapa sayangya Allah pada kita, hingga menurunkan ayat di atas. Fenomena siang dan malam adalah cara bersujudnya bumi maka manusia pun ikut bersujud dengan cara solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Kemudian Allah mengingatkan janganlah bersujud kepada matahari dan tidak juga bersujud kepada bulan, tapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya.

Fenomena gerhana adalah satu dalam seribu bukti kebesaran Allah untuk manusia memahami dengan modal yang Allah berikan. Eh sejak bila Allah beri modal kepada kita ni? Duit ke? 
Ok jom kita sambung lagi. Jom selak  Al-Quran sama-sama


Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur"
(Al-Mulk 67:23)

Modal yang diberikan oleh Allah kepada kita ada tiga iaitu pendengaran, penglihatan, dan hati. Maka Allah Ta’ala perlihatkan gerhana agar manusia dapat melihat dengan matanya, mendengar berita gerhana dengan telinganya, kalau matahari dan bulan tetap bersujud kepada Allah tapi amat sedikit dari manusia yang bersukur.( memahami dengan hatinya, ikut bersujud kepada Allah.

Dengan fenomena gerhana yang baru sahaja terjadi, mari kita perbaharui sikap hidup kita dengan tiga modal yang diberikan oleh Allah. Melalui membaca, mendengar Al-Quran dan As-Sunnah dengan terjemahannya agar dapat diresapi dengan hati sehingga kita menjadi muslim yang selalu tunduk atau sujud kepada Allah tidak seperti iblis sebagaimana Allah rakamkan dalam Al-Quran :


Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."
(Al-A'raaf 7:12)

Ok seperti yang dijanjikan daripada awal. Ayat Al-Quran yang menceritakan tentang matahari dan bulan.


Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).


Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.
(Al-Nahl 16:12)


Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).
(Al-Anbiyaa' 21:33)


Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?
(Al-'Ankabuut 29:61)


Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(Luqman 31:29)

Yang lain cari sendiri. Siapa yang dapat boleh komen di ruangan komen di bawah ni.
Jazakallah khairan yang sudi baca.




IKTIBAR DARIPADA KES PENDERAAN AINA NABIHAH

Unknown | February 17, 2018 | 2Komen |
Baru-baru ini kita digemparkan dengan kes penderaan kanak-kanak berusia 9 tahun. Nur Aina Nabihah didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya. Mangsa yang sudah lama didera mengalami kerosakkan buah pinggang, usus koyak, pankreas putus, kedua-dua belah tulang rusuknya juga patah. Allahyarham meninggal kerana mengalami kecederaan organ dalaman yang sangat serius. Pada malam kejadian, sebelum mangsa terbunuh, Allahyarham dikatakan dipijak beberapa kali oleh bapanya sehingga terkencing akibat terlalu sakit selain mengalami penderaan lain.


Foto Kosmo

Jadi apa yang boleh kita jadikan iktibar dalam hal ini ialah jika perkara seumpama ini berlaku di sekitar kita beranilah menegur, bertindak melaporkan kejadian, jauhilah sikap pentingkan diri dan sikap tidak mahu mengambil tahu. 

Jadilah masyarakat Islam yang prihatin. Jangan kerana sikap tidak ambil peduli anda menyebabkan hilangannya nyawa insan yang tidak berdosa.

Kita sudah sedia maklum dalam Islam, anak-anak yang dilahirkan haruslah dijaga dan dipelihara dengan kasih sayang bukannya untuk didera. Tiada istilah penderaan yang ada cuma istilah mendidik dengan kaedah hukum syarak. Al-Quran dan sunah merupakan sumber terpenting dalam mencari penyelesaiannya. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak dan banyak lagi. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada ibubapa. Aspek kepimpinan suami atau bapa sebagai pelindung bukannya sebagai pendera, dan isteri atau ibu sebagai pembantu yang menyokong suami serta mendidik anak-anak. Kebajikan anak-anak juga adalah tanggungjawab ibu dan bapa serta penjaga. Cuba kita menghayati serta mendalami sepotong ayat dari surah Al-Nisaa ayat 9 bermaksud: Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.

Renungkanlah dengan mendalam semoga ayat ini tersemat di dalam hati sanubari setiap insan di atas muka bumi ini. Kes penderaan kanak-kanak haruslah dijadikaan iktibar kepada kita semua. Kanak-kanak hendaklah disayangi bukannya dijadikan tempat melepaskan nafsu amarah.



Sahabat Yadim UMS © . Designed by MaisarahSidi.com