IKTIBAR DARIPADA KES PENDERAAN AINA NABIHAH

Unknown | February 17, 2018 | 2Komen |
Baru-baru ini kita digemparkan dengan kes penderaan kanak-kanak berusia 9 tahun. Nur Aina Nabihah didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya. Mangsa yang sudah lama didera mengalami kerosakkan buah pinggang, usus koyak, pankreas putus, kedua-dua belah tulang rusuknya juga patah. Allahyarham meninggal kerana mengalami kecederaan organ dalaman yang sangat serius. Pada malam kejadian, sebelum mangsa terbunuh, Allahyarham dikatakan dipijak beberapa kali oleh bapanya sehingga terkencing akibat terlalu sakit selain mengalami penderaan lain.


Foto Kosmo

Jadi apa yang boleh kita jadikan iktibar dalam hal ini ialah jika perkara seumpama ini berlaku di sekitar kita beranilah menegur, bertindak melaporkan kejadian, jauhilah sikap pentingkan diri dan sikap tidak mahu mengambil tahu. 

Jadilah masyarakat Islam yang prihatin. Jangan kerana sikap tidak ambil peduli anda menyebabkan hilangannya nyawa insan yang tidak berdosa.

Kita sudah sedia maklum dalam Islam, anak-anak yang dilahirkan haruslah dijaga dan dipelihara dengan kasih sayang bukannya untuk didera. Tiada istilah penderaan yang ada cuma istilah mendidik dengan kaedah hukum syarak. Al-Quran dan sunah merupakan sumber terpenting dalam mencari penyelesaiannya. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak dan banyak lagi. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada ibubapa. Aspek kepimpinan suami atau bapa sebagai pelindung bukannya sebagai pendera, dan isteri atau ibu sebagai pembantu yang menyokong suami serta mendidik anak-anak. Kebajikan anak-anak juga adalah tanggungjawab ibu dan bapa serta penjaga. Cuba kita menghayati serta mendalami sepotong ayat dari surah Al-Nisaa ayat 9 bermaksud: Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.

Renungkanlah dengan mendalam semoga ayat ini tersemat di dalam hati sanubari setiap insan di atas muka bumi ini. Kes penderaan kanak-kanak haruslah dijadikaan iktibar kepada kita semua. Kanak-kanak hendaklah disayangi bukannya dijadikan tempat melepaskan nafsu amarah.



2 comments:

Sahabat Yadim UMS © . Designed by MaisarahSidi.com