Tahun
2018 adalah tahun yang paling banyak menunjukkan fenomena astronomi. Sebelum ini
kita menyaksikan gerhana bulan yang dikenali sebagai Super Moon di mana kita
akan melihat bulan berwarna biru. Sempat lagi kami bergurau “Agak-agak ada tak
smurf akan turun bila ada gerhana bulan ni?” Tapi itu hanya ada dalam dunia
kartun sahaja. Pada 15 Februari yang lalu terjadinya gerhana matahari. Boleh
rujuk gambar di bawah ini untuk pelbagai fenomena astronomi pada tahu ini
Kejadian
gerhana ini menyimpan hikmah yang tersembunyi terhadap kehidupan manusia. Matahari
dan bulan adalah makhluk ciptaan Allah. Dan sampai ke hari ini, kedua-duanya
masih patuh beredar dalam orbitnya. Dalam Al-Quran ada lebih 10 ayat
menerangkan tentang matahari dan bulan. Nak tahu? Baca sampai post yang
terakhir.
Dan Ia juga yang menjadikan matahari dan bulan
sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam
dan siang bagi faedah hidup kamu.
Hanya
Allah Ta’ala sahaja yang boleh berkomunikasi dengan keduanya, gerhana adalah
fenomena yang dialami oleh matahari dan bulan, sebagai tanda keduanya tetap
tunduk dan sujud dengan apa yang Allah amanatkan. Dalam ayat di atas, Allah
menunjukkan tanda sujudnya bumi, dengan adanya pergantian siang dan malam. Bumi
hingga kini masih berputar dan tetap taat kepada Allah untuk bersujud.
Maka selaku manusia yang taat kepada Allah, ketika melihat makhluk lain bersujud kepadaNya, apakah kita akan menentang untuk tidak bersujud ketika mendengar berita atau terjadinya gerhana? Tentu tidak, manusia yang taat akan ikut bersujud ketika dinampakkan tanda-tanda kekuasaan Allah atas ciptaanNya yang bersujud kepada Nya
Dalam
surah dan ayat yang lain Allah berfirman:
Dan
di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan
bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada
bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya,
kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah.
(Fussilat
41:37)
Betapa
sayangya Allah pada kita, hingga menurunkan ayat di atas. Fenomena siang dan
malam adalah cara bersujudnya bumi maka manusia pun ikut bersujud dengan cara
solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Kemudian Allah mengingatkan
janganlah bersujud kepada matahari dan tidak juga bersujud kepada bulan, tapi
bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya.
Fenomena gerhana adalah satu dalam seribu bukti kebesaran Allah untuk manusia memahami dengan modal yang Allah berikan. Eh sejak bila Allah beri modal kepada kita ni? Duit ke?Ok jom kita sambung lagi. Jom selak Al-Quran sama-sama
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada),
dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu
bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur"
(Al-Mulk
67:23)
Modal
yang diberikan oleh Allah kepada kita ada tiga iaitu pendengaran, penglihatan,
dan hati. Maka Allah Ta’ala perlihatkan gerhana agar manusia dapat melihat
dengan matanya, mendengar berita gerhana dengan telinganya, kalau matahari dan
bulan tetap bersujud kepada Allah tapi amat sedikit dari manusia yang
bersukur.( memahami dengan hatinya, ikut bersujud kepada Allah.
Dengan
fenomena gerhana yang baru sahaja terjadi, mari kita perbaharui sikap hidup
kita dengan tiga modal yang diberikan oleh Allah. Melalui membaca, mendengar
Al-Quran dan As-Sunnah dengan terjemahannya agar dapat diresapi dengan hati
sehingga kita menjadi muslim yang selalu tunduk atau sujud kepada Allah tidak
seperti iblis sebagaimana Allah rakamkan dalam Al-Quran :
Allah
berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku
perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau
(wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."
(Al-A'raaf
7:12)
Ok
seperti yang dijanjikan daripada awal. Ayat Al-Quran yang menceritakan tentang
matahari dan bulan.
Allah jualah yang menjadikan langit terangkat
tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia
bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah
makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang
telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan
tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan
kamu (untuk menerima balasan).
Dan
ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan
bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan
kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.
(Al-Nahl
16:12)
Dan
Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan
bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing
(di angkasa lepas).
(Al-Anbiyaa'
21:33)
Dan
sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik)
itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan
matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" Sudah tentu mereka
akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan
(oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?
(Al-'Ankabuut
29:61)
Tidakkah
engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang
pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah
makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang
telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(Luqman
31:29)
Yang
lain cari sendiri. Siapa yang dapat boleh komen di ruangan komen di bawah ni.
Jazakallah
khairan yang sudi baca.
No comments:
Post a Comment