ROTAN MASIH RELEVAN?

Unknown | February 21, 2018 | 0Komen |
Isu merotan ini sudah menjadi isu yang sensitif dan selalu dibangkitkan. Satu ketika dahulu seorang ibu merotan anaknya di Switzerland semata-mata untuk menyuruh anaknya solat dipenjara pula oleh kerajaan Switzerland. 
Biasalah undang-undang manusia memang ada banyak kelemahan, undang-undang Allah yang sepatutnya menjadi tunjang kepada semua undang-undang. 
Jika kita lihat di sekolah-sekolah pun guru-guru menjadi serba salah untu merotan. Jika merotan, bersiap-sedialah ke mahkamah jika tidak merotan, pelajar akan naik lemak pula.

Teringat dahulu sewaktu kanak-kanak, ibu bapa kita sangatlah garang. Rata-rata pembaca entri  ini mesti pernah kena rotan kan? Rotan ini lah yang membentuk peribadi kita sampai sekarang. Betul tak? Namun begitu, merotan bukan satu tiket untuk melepaskan geram. Mari kita lihat dan telusuri merotan dalam konteks Islam.

Islam telah meletakkan had untuk merotan. Bukan sesuka hati boleh rotan.
Had merotan dalam Islam adalah seperti berikut:
1)  Tidak dibenarkan memukul lebih dari 10 kali kecuali pada masalah hadd. Kerana si anak belum mencapai usia baligh, maka kalau dia melakukan kemaksiatan hanya mendapat ‘ta’zir’.
Wallahu a’lam. Al-Qadhi Syuraih memandang bahawa anak maksimum hanya dipukul tiga kali dalam belajar membaca Al-Quran seperti Jibril AS mendakap Muhammad SAW tiga kali.
2) Umar bin Abdul Aziz Rahimahullah mengeluarkan peraturan yang disebarluaskan di seluruh pelusuk negeri, guru tidak boleh memukul lebih dari tiga kali kerana lebih dari tiga kali menakutkan budak kecil.
3) Adh-Dhahhak berkata, ‘kalau pengajar memukul anak lebih dari tiga kali, maka si anak berhak membalas
4)  Juga harus adil dalam melaksanakan hukuman pukul ini di antara semua anak. Al-Hasan berkata “Apabila si pengajar tidak berlaku adil pada anak-anak, maka dianggap sebagai satu kezaliman.
Dengan demikian menjadi jelas bahawa hukuman berbentuk pukulan bagi anak maksimum adalah tiga kali. Sementara balasan (qisas) adalah antara tiga sampai 10 kali dan di atas 10 kali adalah hadd. Kalau nak maklumat lebih lanjut boleh cari buku ‘Prophetic Parenting’

Cara merotan juga ada kaedahnya. Mari kita lihat cara merotan menurut Syeikh Al-Faqih Shamsuddin al-Anbani:
1)Memukul di tempat yang berbeza, bukannya pada satu tempat di badan manusia sahaja.
2) Memanjangkan tempoh rotan yang pertama dengan yang seterusnya
3)Tidak menagangkat tangan sehingga boleh kelihatan ketiaknya
4) Tempat yang dibenarkan dipukul ialah semua anggota badan kecuali kemaluan dan muka (tambahan Al-Ahnaf: seluruh kepala)

Agama Islam sudah cukup baik dan sempurna. Cuma manusia sahaja perlu mempelajari dan mendalami Islam agar agama Islam betul-betul menjadi cara hidup kita. Islam itu Addin. Addin itu ialah cara hidup. 

Kalau di usia sekarang tidak pandai agama, mari kita berjinak-jinak dengan ilmu agama. Kalau sudah pandai, mari kita telusuri dan ambil iktibar. Kerana kita adalah generasi pembela agama. 

Ayuh! Sederap langkah untuk Ummah

No comments:

Post a Comment

Sahabat Yadim UMS © . Designed by MaisarahSidi.com